Being a part of the Muslimah Highclass Journey

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 🙂

Alhamdulillah ‘ala kulli hal, diberikan peluang untuk menulis sebuah coretan mengenai pengalaman sepanjang menjadi ahlijawatankuasa Muslimah Highclass. Semoga penulisan yang serba kekurangan ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada pembacanya. (Baru first time membuat sebuah penulisan hehe, mengambil masa jua untuk berfikir X’D)


Program Ceramah Muslimah I’m involved in (2014-2016):

  • Program Ceramah bagi Muslimah Sempena bulan Ramadan 1435H [sebagai peserta]
  • Program Ceramah Muslimah Sempena Maulidur Rasul 1436H [sebagai peserta]
  • Program Ceramah Muslimah Ramadan Version 2.0 [sebagai ajk pendaftaran]
  • Program Ceramah Muslimah sempena EOW 2016 [sebagai ajk penolong, involve in media serba sedikit]
  • Program Ceramah Muslimah Enterpreneurship Clinic [sebagai ajk media]
  • Program Ceramah Muslimah Riadah [sebagai ajk media dan pendaftaran]
  • Program Ceramah Muslimah Sempena bulan Ramadan 1437H [sebagai ajk campur dan usher]

 

Experiences gained:

  1. Teamwork
  2. Photoshoots
  3. Backup plans
  4. Time management
  5. Supporting ukhuwah fillah
  6. Thinking skills and research
  7. Learnt about event flows
  8. Bonding time with ajks
  9. Handling registration tasks
  10. Creating a proper feedback form
  11. Learning how to usher participants
  12. Creating google form for registration
  13. Learnt how to handle events bit by bit
  14. Learning how to set up the PA system
  15. Learnt a little bit of tausyeh from the ajks
  16. Learnt a little bit of paperwork and proposal
  17. Updating muslimah highclass Instagram post
  18. Getting involved with providing refreshments
  19. Getting to know a little bit of moderator’s script
  20. Involved in packaging gifts (at the bus stand xD good memories)
  21. Brainstorming ideas and sharing lots of beneficial ilm together
  22. First time creating poster, backdrop and certificates for Muslimah highclass
  23. First time taking videos and pictures using a camera for Muslimah Highclass
  24. Meeting whilst completing the main agendas and the purpose of the programs
  25. Coming up with personal invitation texts through WhatsApp for the upcoming PCM event
  26. Getting involve with post-mortem for the first time, discussion on improvements to be made
  27. Learnt how to handle money to buy required items for packaging (note to self: keep the receipts! for report purposes)
  28. Involved in buying refreshments together in a given budget limit (sediakan calculator xD)
  29. And many many more..(yang tidak tertulis)

Syukur Alhamdulillah, Segala Puji bagi Allah

kerana diberi peluang untuk menjadi ajk and be a part of Muslimah Highclass. Terlalu banyak pengalaman yang diperolehi, malah, boleh saya katakan bahawa melalui Muslimah Highclass ane tah saya belajar banyak perkara dan memperoleh banyak pengalaman compared to being under ajk clubs.

 

Mungkin kerana diberi peluang untuk pilih ajk positions (kedudukan) yang berlainan yang telah membuka lebih banyak ruang mempelajari berbagai tugasan.

Malah, peluang sedemikian telah membina suatu kepercayaan yang amat saya hargai kerana membenarkan diri yang inda pernah memegang jawatan tersebut untuk melaksanakan tugas untuk kali pertama ^_^.

Juga kongsisama jawatan dengan ajk yang lain mengeratkan lagi silaturrahim antara kita.

 

Semua point2 experiences diatas dapat saja saya huraikan dengan lebih mendalam, satu per satu mempunyai kelebihannya tersendiri dari

segi pembelajaran apa itu amanah, tanggungjawab, kesabaran, ikhlas, pengorbanan dan sebagainya.

 

Tetapi ingin saya highlight points nombor 21,24 dan 26. Saya ingin menyatakan betapa pentingnya mesyuarat dan perkongsian ilmu yang telah dan pernah saya ikuti. Ingin saya ungkapkan serikata dari Salim A Fillah:

“Keputusan yang salah dari sebuah musyawarah, jauh lebih baik daripada pendapat pribadi, betapapun benarnya”

“Bersabarlah dalam syura, juga dalam dekapan ukhuwah” 

 

Baru sahaja saya mempelajari kepentingan disebalik musyawarah tahun ini, disebabkan teguran halus yang telah diberi oleh seorang sahabat apabila saya pernah sahaja mementingkan pendapat diri sendiri instead of mengikuti keputusan sebuah musyawarah.

Tambahan pula dengan perkongsian ilmu dari setiap individu yang berlainan, membuka lebih banyak ruang untuk belajar dan bersefahaman (contoh saja; kongsi pengisian dari majlis ilmu).

Kepentingan sebuah agenda yang berfungsi sebagai matlamat program dan meliputi seluruh aktiviti yang dilakukan.

Last but not least, pertama kali mengikuti post-mortem, bilamana ajk kongsisama segala kekurangan yang terdapat dalam program tersebut dan berusaha bekerjasama mencari penyelesaiannya atau cara memperbaikinya

Ini membina perasaan kasih sayang dan kemaafan pada kekurangan ajk, merangsang pembaikan setiap individu dan akhirnya bersama-sama memperbaiki diri demi mencari keredhaan-Nya jua.

Suka duka, riang ketawa, support system semuanya kita share bersama 😀

 

Jazakumullahu khayran katheera kepada semua ahlijawatankuasa Muslimah Highclass atas segalanya. Syukur Alhamdulillah, Allah telah pertemukan kita dalam medan sesebuah program yang menjemput para-para muslimah kearah jalan-Nya demi meraih keredhaan-Nya jua. Semoga titik peluh dan usaha kita semua diterima Allah Subhanahu wa Ta’ala, mendekatkan lagi kita kepadaNya dan persahabatan ukhuwah kita kekal ke JannahNya. Ameen Ya Rabbal Alamin.

 

Sekian, itu sahaja yang ingin saya kongsikan. Mungkin banyak lagi yang ingin saya sampaikan tapi tidak terungkapkan (semakin panjang tia karang xD). Minta maaf atas segala kekurangan. Saya berharap kita akan ketemu lagi pada program yang seterusnya dan saya yakin, Muslimah Highclass mampu berkembang pada masa depan, insyaAllah. Doa-doakan saja hehe.

 

Tulus ikhlas dari,

Fiqah HT

Written by 26 Ramadan 1437H bersamaan 2 July 2016M

One Comment Add yours

Leave a comment